Header Ads

Tutorial Daftar Nuffnang Dan Cara Pasang Nuffnang Pada Blog Versi Baru


Nuffnang merupakan antara website pengiklanan yang paling popular dalam kalangan blogger Malaysia. Website ini memberi income kepada blogger atas setiap iklan yang muncul di blog. Pada masa yang sama ia juga adalah sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger. Disinilah bermulanya apabila blogger ingin menjana pendapatan sampingan daripada iklan yang disiarkan oleh Nuffnang di blog masing-masing. Bukan hanya dengan meletakkan iklan Nuffnang kita akan terus mendapat ganjarannya. Ada beberapa kriteria yang perlu kita usahakan. Perkara ini bergantung kepada usaha kita sendiri.. Tidak susah kan mudah sahaja. 

Pihak Nuffnang akan memilih blog untuk diberikan kempen CPUV berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti target penonton yang hadir ke blog anda, genre blog, serta pengaruh yang terdapat di blog itu sendiri. Maknanya apa yang menarik. Sebagai contoh, sebuah syarikat kosmetik akan lebih cenderung untuk memilih fesyen dan blog kecantikan dimana target mereka adalah pengunjung wanita. 

Seperti yang kita maklum, page nuffnang dah bertukar ke template yang baharu. Jadi cara untuk daftar dan memasang iklan sudah pun berubah. Jangan risau, ikut sahaja langkah-langkah seperti berikut anda pasti akan berjaya mendaftar.

Berikut merupakan cara-cara mendaftar dan memasang iklan nuffnang. 

Pertama sekali anda perlu daftar dahulu di website Nuffnang

Kemudian klik join Nuffnang. Bila dah klik join nuffnang tu akan keluar seperti di bawah ini..

Dah isi semua username, password, email semua tu klik Next sampai akan keluar Finish. Bila dah klik Finish tu akan keluar Account Activation. Kemudian anda boleh buka email yang sudah didaftar tadi dan copy link Nuffnang yang di hantar tu untuk mengaktifkan akaun.


Pastu anda perlu Login dan boleh masuk  ke akaun Nuffnang untuk step seterusnya.


 Kemudian klik di bahagian atas My Nuffnang.


Klik pada MANAGE MY BLOGS dan akan keluar seperti di bawah ini.


Klik pada bahagian Update Survey untuk menjawab soalan berkenaan iklan yang anda smahu letak di blog anda.

Klik link biru tu dan pilih salah satu iaitu LARGE REC, LEADERBOARD or SKYSCRAPER..

Boleh pilih kotak coding iklan Nuffnang yang anda mahu letak di blog. Kalau  mahukesemua tiga-tiga kotak tu pon boleh. 

  Contohnya anda memilih iklan sidebar(skyscraper). Klik button bulat kecil tu dan copy coding HTML itu.


Kemudian buka Blog anda.

Klik pada bahagian Layout.


Kemudian klik pada Add a Gadjet..

 Terus pergi ke HTML/Java Script dan klik link biru.

 Kemudian paste link HTML yang anda copy tadi dan save. Anda boleh ubah tajuk HTML sesuka hati.

Untuk iklan Large Rectangle
=> Dashboard > Templates > Edit Html 
=> Tekan Ctrl F , dan cari kod ini : </b:includable>
=> Copy kod iklan Large Rectangle.
=> Paste atas kod </b:includable> yang anda cari tadi. Preview dahulu!! 
=> SAVE 

Untuk iklan Leaderboard
=> Dashboard > Templates > Edit Html
=> Tekan Ctrl F, dan cari kod ini : <head>
=> Copy kod iklan Leaderboard.
=> Paste atas kod <head> yang anda cari tadi. Preview dahulu!! 
=> SAVE

Selamat Mencuba! 

1 comment:

  1. Thanks utk info tentang Nuffnang jemputlah ke blog sy
    https://spkedahhometownku.blogspot.my/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.