Header Ads

5 Cara Untuk Meningkatkan Like di Facebook Page


Semua orang mempunyai cita-cita untuk memiliki facebook fan page yang mempunyai banyak bilangan likes. Semua tahu jika mempunyai banyak likes di facebook page mampu memberikan kelebihan atau keuntungan kepada pemilik. Dengan adanya Page yang popular, kita boleh membuat promosi sesuatu barang dan mendapat keuntungan daripada itu. Selain itu kita juga boleh kongsikan di page fb tentang blog atau website untuk mendapat trafik blog yag tnggi. Tetapi sangat sukar untuk mencapai impian tersebut jika kita tidak berusaha. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan likes facebook? Orang ramai mencuba perlbagai cara untuk meningkatkan laman facebook contohnya secara automatik iaitu dengan menggunakan cara auto klik ataupun teknik yang tidak dibenarkan oleh pihak facebook. Namun, tidak dipastikan cara tersebut menjadi ataupun tidak berkesan langsung. Oleh itu cara yang paling terbaik untuk dipraktikan adalah dengan menarik perhatian orang ramai untuk like page kita dengan secara suka rela. Di sini saya sertakan beberapa cara terbaik yang boleh dilakukan untuk mendapatkan likes page dengan berkesan. Baca semua point dan cuba praktikan untuk mendapatkan banyak like di facebook.



1. Selalu Kemaskini Facebook Page:
Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan bilangan like di Facebook adalah dengan hanya mengemas kini halaman page dengan kerap. Pada dasarnya, setiap kali anda mengemas kini page, anda sedang mencipta niche untuk meningkatkan bilangan likes. Setiap kali anda mengemaskini page, kebarangkalian posting tersebut untuk tersebar luas adalah sangat tinggi. Jadi orang ramai akan menyedari kewujudan page anda dan menarik perhatian mereka untuk like page anda. Anda juga tidak perlu risau jika terlalu sibuk dengan perkara lain sehigga jarang untuk mengemaskini page. Facebook mempunyai cara yang tepat iaitu dengan cara kemaskini secara berjadual. Jadi jika anda mempunyai masa yang terluang, anda boleh mengemaskini page dengan sebanyak mungkin dan setkan masa pada waktu yang anda sibuk itu. Fan page anda akan kelihatan kerap melakukan kemaskini post dan dapat menarik orang untuk like.

2. Perkongsian sesuatu yang baru dan lain dari yang lain
Ini adalah cara yang paling tepat untuk meningkatkan bilangan like pada fan page facebook. Sentiasa cuba untuk kreatif apabila berkongsi sesuatu agar kelihatan lebih menarik dan baru, ia akan benar-benar akan membantu anda untuk meningkatkan like Facebook page. Seperti yang kita  tahu minda manusia akan sentiasa mencari pengetahuan dan maklumat baru tentang sesuatu perkara. Jadi anda perlulah membuat sedikit perubahan ketika menyampaikan maklumat supaya dapat menarik minat orang ramai dan ia dengan mudah akan meningkatkan like page. Contohnya sekarang ini orang sangat berminat menyampaikan ayat-ayat berlatarbelakangkan  gambar yang sesuai dengan ayat yang disampaikan. Ada juga orang menyampaikan maklumat dengan membuat komik serta memberi banyak pengajaran kepada pembaca. Selain itu, banyak page yang membuat post berkaitan troll tentang sesuatu perkara dan ia mudah menarik minat orang ramai kerana ia sesuatu yang kelakar.

3. Memilih Masa Sesuai untuk Kongsi
Memilih masa yang sesuai untuk mengemaskini page anda iaitu masa yang paling ramai orang online dan bukan waktu bekerja. Jika di Malaysia waktu yang paling sesuai adalah pukul 8.00 malam sehigga 11.00 malam iaitu waktu di mana ramai orang sedang berehat dan melayari internet serta facebook. Ini adalah salah satu helah biasa untuk meningkatkan like facebook page. Pada waktu itu anda cuba kemaskini page anda dengan sebanyak mungkin supaya ramai orang yang sedang online dapat melihat posting tersebut. 

4. Invite rakan untuk meningkatkan like facebook page
Salah satu langkah yang penting untuk meningkatkan like facebook page adalah dengan cara mempelawa rakan facebook anda untuk like page anda. Ya! Ini adalah cara yang paling berguna dan tips yang paling mudah yang anda boleh lakukan. Dengan hanya satu klik 'Invite kawan untuk like page', anda telah poke dan menghantar invitation kepada rakan akaun Facebook anda untuk like page anda. Ia adalah agak mudah dan mudah untuk digunakan juga. Anda pasti boleh mendapatkan jumlah like yang baik daripada kawan Facebook anda dengan kaedah ini.

5. Memasang butang like page di Web Anda
Kepada sesiapa yang mempunyai blog atau website, anda adalah sangat digalakkan untuk memasang butang like page di halaman yang sesuai di website anda. Lebih bagus lagi jika anda mempunyai bilangan trafik yang tinggi di website anda. Semakin banyak orang masuk ke website anda, semakin ramai yang akan like page anda. Terdapat pelbagai cara atau jenis pemasangan butang like, anda boleh cuba google tutorial untuk mengetahui cara tersebut.

Terdapat pelbagai cara lagi sebenarnya  untuk meningkatkan like page, tetapi hanya ini sahaja yang diterangkan di sini kerana ia sudah cukup untuk dipraktikkan. Jadi untuk mencapai matlamat, anda wajib menggunakannya dengan cara yang betul supaya ia berkesan meningkatkan like page anda. Semoga berjaya dan selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.