Header Ads

5 Jenis Posting Yang Dicari Orang


Dalam dunia blogging, perkara yang sangat penting adalah cara untuk menarik orang ramai masuk atau melawat blog kita. Untuk menarik minat orang ramai melawat ke blog, seorang penulis blog perlu menulis  entri yang sangat menarik. Sesuatu entri itu perlu daya penarik untuk menarik orang ramai datang ke blog kita. Hal ini akan membezakan kualiti sesebuah blog itu dengan blog orang lain. Terdapat beberapa jenis entri atau posting yang banyak dicari oleh orang ramai. Ada 5 jenis yang telah disenaraikan di bawah. Selamat membaca....



1. Apa itu....?

Artikel jenis pengenalan atau pengertian terhadap sesuatu perkara adalah sangat popular dalam kalangan pelayar internet. Cuba bayang kan jika kita tak tahu tentang sesuatu perkara, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah melakukan pencarian ataupun dalam bahasa mudahnya 'Google Search'. Contohnya kita tak kenal seorang artis ataupun tokoh, apabilah dah google, kita akan nampak gambar atau biografi orang tersebut. Kebiasaan jika ingin post kita mendapat trafic yang tinggi, kita perlu buat post tentang orang yang viral ataupun tokoh yang popular. Pastinya ramai orang akan berkunjung ke blog kita.


2. Cara, Tutorial, How to....?

Apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara yang kita tidak tahu atau mahir, kita akan cari di internet tentang cara yang betul untuk melakukan perkara tersebut. Contohnya pada permulaan seseorang ingin membina blog, mereka akan mencari tutorial tentang cara2 membina blog. Biasanya keyword yang sangat popular adalah 'how to.....' dan 'cara....'  . Jadi kita boleh menulis isi post dengan menerangkan setiap langkah dengan terang supaya orang ramai menyukai blog kita. Kebiasaannya post jenis ini akan mudah ditulis jika kita mahir tentang sesuatu perkara tersebut. 


3. Tips dan trik


Tips dan trik melakukan sesuatu merupakan salah satu jenis posting yang banyak dicari orang. Biasanya tips dan trik dikongsi oleh pakar2 yang mahir dalam bidang masing-masing. Ia juga boleh memberi maklumat tambahan kepada para pembaca. Orang ramai akan tertarik untuk membaca post blog jika isi post itu berkaitan dengan trik yang pelik. Bayak tips boleh dipelajari di blog kerana tajuknya umum dan pembaca mudah untuk mempelajari. 


4. Fakta, Info yang unik


Posting jenis ini biasanya terdapat pada blog dengan topik yang umum. Penulis blog akan menulis tajuk yang menyebabkan orang tertarik untuk membaca isi entri tersebut. Pembaca akan sangat tertarik dengan posting yang bertajuk seperti "5 sebab mengapa lelaki cepat mati berbanding wanita. Pembaca akan teruja untuk membaca lalu membuka entri tersebut. Jadi blogger perlu pandai menulis tajuk yang killer yang mampu menarik minat pembaca.


5. Download

Banyak blog2 yang membuat posting yang berkaitan dengan aktiviti download untuk menarik orang ke blog mereka. Pelbagai jenis file boleh di download seperti pdf, video dan software. Biasanya, orang ramai tertarik untuk download video seperti movie dan drama. Mereka juga boleh menjana pendapatan untuk setiap download yang dilakukan dari blog mereka. Di samping itu, orang ramai menyukai untuk menonton filem secara online kerana mereka terlepas untuk menonton di Televisyen. Jadi kita boleh menyediakan file download drama atau filem untuk mereka.

Sekian terima kasih.

No comments

Powered by Blogger.