Header Ads

Top 5 website buat duit dengan memendekkan url

Apa khabar kepada semua blogger yang sedang membaca entri terbaru blog saya ini. Sebagai seorang blogger yang aktif, kita mesti ingin membuat income daripada blog kita. Sudah ramai orang yang sudah berjaya memperolehi banyak keuntungan atas usahanya menulis di blog. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjana duit dengan blog. Salah satu cara adalah dengan  Shorten Links iaitu dengan memendekkan url yang pada asalnya sangat panjang. Link yang panjang seperti url post blog akan menjadi pendek dan mudah untuk kongsikan di laman sosial popular seperti Facebook dan Twitter. Anda akan mendapat upah apabila orang klik url tersebut. Namun begitu orang perlu menekan tombol skip ads dahulu di link tersebut untuk ke halaman sebenar. Selepas itu barulah anda akan mendapat ganjaran. 

Kebiasaanya orang akan menggunakan servis ini untuk memendekkan url download contohnya download movie dan drama. Jadi contohnya apabila kita ingin melakukan download melalui server mediafire, kita perlu lalui urlshorter dahulu sebelum ke url download yang sebenar. Di situ saja kita lihat banyak keuntunggan yang diperolehi pemilik blog tersebut kerana ramai orang download movie di blognya. Terdapat  pelbagai cara lain untuk menarik perhatian orang lain untuk klik url duit kita. Jadi kita sebagai blogger perlulah kreatif untuk membuat orang klik url kita untuk dapat lbih banyak ganjaran.

Mungkin korang dah biasa guna servis memendekkan url macam bit.ly, goo.gl dan sebagainya, tapi kalau korang rasa nak merasa buat duit dengan memendekkan url ini. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan memendekkan link ini tetapi hari ini saya nak kongsikan 5 website yang buat duit dengan memendekkan url. 


1. Adf.ly

Adf.ly adalah antara site yang paling awal menawarkan perkhidmatan memendekkan url. Sudah ramai orang mendaftar dengan site ini dan yakin dengan servisnya kerana 100 peratus pendaftar mendapat bayaran dan ia bukalah Scam.  Pertama kali saya register adf.ly ini adalah pada tahun 2003, saya sudah jana banyak wang melalui adf.ly Memang letih untuk menarik orang untuk klik url itu, namun hasilnya membuatkan saya tersenyum lebar.
Anda tidak perlu menekan butang cash out secara manual kerana Adf.ly akan automatik deposit ke akaun Paypal anda apabila baki sudah mencecah USD5. Cara ini merupakan salah satu cara buat duit online di saat nilai ringgit jatuh teruk ni. Anda boleh lihat sendiri bukti pembayaran dari adf.ly yang saya telah terima. Cuba anda tukar ke dalam nilai malaysia MYR banyak kan.


Antara sebab ramai orang pilih adf.ly adalah sebab dia lama, sah dan syarikat yang dipercayai yang cukup menjaga semua pelanggan dia.

2. Linkbucks 


Linkbucks adalah salah satu laman web buat duit dengan memendekkan url yang sah dan terbaik. Ia adalah pesaing kuat Adf.ly. Ia mempunyai Page rank yang hebat dan ranking alexa tinggi. Cash out untuk linkbucks pula usd 10, boleh dijadikan backup untuk adf.ly rasenye.
Pesaing lain cuma bayar untuk unique visitor, linkbucks pulak bayar untuk setiap trafik yang ada, maksudnya(mungkin) kalau pesaing lain, kalau ada 10 orang yang klik url korang, dia akan kira 10 klik walaupun 10 orang tu mungkin klik 3 klik setiap orang, berbanding dengan linkbucks, dia akan kita jumlah orang x berapa link yang di klik.

3.Ouo.io

ouo.io  menawarkan kadar yang sangat kompetitif dan kadar bayaran yang paling rendah yang ditawarkan untuk mana-mana negara adalah 1.5 $ setiap 1000 paparan, jadi, anda boleh memilih Ouo.io jika laman web URL memendekkan lain tidak menawarkan harga yang baik untuk negara anda. Apabila baki sudah mencecah USD5, korang dah boleh cash out melalui paypal

4. Bc.vc

Sama macam web buat duit melalui link url yang dipendekkan .Laman web ini sudah semakin popular di kalangan pengguna untuk mendapatkan duit. Kadar bayaran untuk bc,vc ada 4$ bagi setiap 1000 klik url anda. Kadar ini adalah standard dan hampir sama dengan site yang lain.

5. Shorte.st



Shorte.st merupakan website pendekkan url yang baru, Website ini juga mempunyai ramai ahli yang telah mendaftar untuk mendapatkan duit. Banyak kelebihan yang kita boleh dapat dengan benda baru, benda baru. Korang nak tunggu apa ? JOM DAFTAR

Sebenarnya banyak cara nak buat duit online,cuma kita kena banyak explore lagi. Kita jangan mudah putus asa dan konsisten dalam melakukannya. Benda ni rezeki, kadang kita buat terus jadi, kadang kita buat tak jadi-jadi, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya, mungkin cara tu bukan cara atau jalan rezeki kita.

No comments

Powered by Blogger.