Header Ads

Apa Itu Virus Zika Yang Perlu Anda Tahu?


Minggu ini negara kita dikejutkan dengan kes pertama yang melibatkan virus Zika. Pastinya orang ramai berasa terancam ataupun takut kerana semua mengetahui penyakit ini merupakan sejenis penyakit berjangkit. Semua orang wajib mengetahui tentang penyakit Zika yang sedang melanda egara kita. Apakah itu virus Zika yang perlu anda ketahui?  Virus Zika mula-mula dikesan menular di sekitar negara Amerika Latin terutama di Colombia, Brazil, Amerika Syarikat dan beberapa negara lagi  yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga hujung tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sebanyak 12 negara telah disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin berdasarkan senarai yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa.

Bagaiman Virus Zika Berlaku?

Virus Zika adalah berpunca daripada gigitan nyamuk aedes yang merupakan agen penyebaran virus sama seperti virusVirus Zika, chikungunya dan demam berdarah denggi ditularkan melalui perantara nyamuk yang sama yaitu nyamuk Aedes Aegypti. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Kesan Virus Zika  kepada Wanita Hamil

Ibu hamil paling bahaya jika dijangkiti virus Zika dan mereka perlu waspada dengan virus ini. Hal ini kerana menurut kajian mereka mendapati bayi yang lahir daripada ibu yang dijangkiti akan mengalami kecacatan. Bayi tersebut akan mengalami kecacatan kekal iaitu ukuran kepala bayi akan menjadi lebih kecil daripada kebiasaan atau disebut Microcephaly.

Microcephaly ini berlaku kerana berlaku komplikasi sewaktu perkembangan otak sejak dalam kandungan. Penyakit ini boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa. Sebelum virus zika, penyebab Microcephaly pada umumnya adalah disebabkan penyakit lain seperti down syndrome, alkohol, dan virus rubella (demam campak) sewaktu kehamilan.


Simptom & Tanda-Tanda jika dijagkiti Virus Zika

1.Demam panas
2.Timbul ruam pada kulit
3.Sakit sendi-sendi otot
4.Mata kemerahan
5.Pening

Apa yang harus dilakukan jika mengalami simptom virus Zika?

1.Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi
2.Minum air secukupnya untuk mencegah dehidrasi
3.Makan ubat yang dapat mengurangkan demam
4.Jangan makan aspirin atau ubat- NSAID (non stereoid anti inflmation) lainnya.
5.Pakai baju berlengan panjang untuk elak digigit nyamuk
6.Jika tanda semakin teruk, segera jumpa pakar perubatan terutama wanita hamil

Status Terkini Virus Zika Di Malaysia

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mengesahkan seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang telah dijangkiti virus Zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura menjadi kes pertama wabak itu di Malaysia.  

Wanita berkenaan berada di Singapura selama tiga hari bermula 19 Ogos lalu bagi melawat anak perempuannya yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Selepas pulang dari negara berkenaan, wanita berusia 58 tahun itu mengalami beberapa gejala Zika seperti demam serta ruam di beberapa anggota badan dan mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 30 Ogos lalu.

Sejurus selepas itu, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan garis panduan cegah virus Zika untuk megelakkan dijangkiti virus tersebut.

Rakyat Malaysia disarankan menangguhkan perjalanan ke 24 negara di rantau Amerika Selatan yang telah melaporkan jangkitan Zika, khususnya wanita yang mengandung.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Curacao, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, Guiana Perancis, Guadaloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Surinam, Virgin Islands (Amerika Syarikat) and Venezuela.

No comments

Powered by Blogger.