Header Ads

Blogger vs WordPress - Yang mana satu yang lebih baik


Kepada sesiapa yang baru berniat untuk melangkah lebih jauh dalam dunia blog pastinya pening untuk memilih platform yang paling sesuai untuk dijadikan host website. Antara perkhidmatan blog percuma yang paling popular dalam kalangan penulis blog adalah WordPress.org dan Blogger. Tetapi di antara dua jenis platform ini mana yang lebih bagus. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan perbandingan WordPress vs Blogger untuk memberi kefahaman kepada pembaca supaya mudah bagi anda untuk membuat keputusan dalam memilih platform yang terbaik untuk blog anda. Perbandingan ini merangkumi semua kebaikkan dan keburukkan jikan anda menggunakan WordPress atau Blogger.


Penting: Sila ambil perhatian bahawa terdapat dua jenis Wordpress iaitu hos percuma Wordpress.com dan Hos persendirian Wordpress.org. Jadi artikel ini menerangkan perbandinganantara WordPress.org dan Blogger, bukan  WordPress.com vs Blogger. 


1. Pemilikan


Platform Blogger ini merupakan perkhidmatan blog yang sangat popular yang mana ia disediakan oleh Syarikat gergasi Google. Pastinya disukai oleh ramai orang kerana ianya adalah percuma. Anda tidak perlu takut kerana perkhidmatan blogger ini 100% sangat boleh dipercayai. Namapun percuma, jadi blog anda yang menggunakan platform blogger tidak sepenuhnya milik anda. Pihak google berhak menutup blog anda pada bila-bila masa sahaja jika anda melanggar peraturan dan policy yang ditetapkan. Bagi megelakkan perkara tersebut berlaku, anda perlulah menukar domain blog anda daripada blogspot ke domain persendirian.

Dengan WordPress, anda menggunakan hos yang disediakan oleh WordPress hosting untuk melengkapkan pemilikan web anda sendiri. Anda bebas untuk menentukan berapa lama anda mahu menjalankan blog dan menutupnya jika perlu. Anda memiliki semua  data dan mengawal maklumat yang anda kongsi dengan mana-mana pihak ketiga. Dalam bahasa mudahnya secara keseluruhan blog itu merupakan kepunyaan anda. 


2. Kawalan

Jika anda menggunakan perkhidmatan blogger, kawalan di dalam blog tersebut adalah terhad. Anda hanya mampu melakukan sedikit sahaja penambahan dan perubahan sistem di laman web anda. Sebagai contoh banyak tool atau widget yang mampu digunapakai jika menggunakan hos web lain dan terhad kepada blogger. Hal ini kerana blogger tidak dapat menggunakan widget premium seperti hos web lain. Memang terdapat beberapat widget yang seakan premium namun masih mempunyai kelemahan jika dibandingkan dengan yang premium.

WordPress merupakan perisian sumber terbuka, jadi anda boleh dengan mudah memperluaskan untuk menambah ciri-ciri baru. Terdapat beribu-ribu plugin WordPress membolehkan anda untuk mengubah suai dan menambahbaik seperti memasang butang share media sosial premium , memasang instant artikel facebook, dan lain-lain. Kebaikan mempunyai ciri-ciri seperti ini akan menyebabkan sesebuah blog itu menjadi mesra pembaca dengan lebih berkesa.

Jadi jika anda ingin memiliki website untuk tujuan yang lebih serius seperti bisnes ataupun pengiklanan, anda patut memilih wordpress kerana banyak ciri-ciri yang sesuai disediakan.


3. Rupa Bentuk / Tema


Blogger memang dari dahulu hanya menyediakan satu set  template default yang terhad untuk digunakan. Anda boleh mengubah suai warna dan susun atur template ini menggunakan butang-utang yang sudah terbina, tetapi anda tidak boleh membuat susun atur anda sendiri atau membuat pengubahsuaian. Namun begitu, anda boleh download template Blogger yang tidak rasmi untuk memiliki blog yang lebih menarik. Kebiasaannya template seperti ini mempunyai pelbagai masalah dan kualiti yang sangat rendah.

Terdapat beribu-ribu template percuma dan premium yang disediakan oleh WordPress yang membolehkan anda untuk membuat laman web profesional. Terdapat banyak tema WordPress untuk pelbagai jenis laman web. Tidak kira apa pun jenis laman web anda, pastinya akan banyak tema yang sesuai dan berkualiti tinggi untuk digunakan dalam website anda. Selain itu tema itu juga mampu menampung pelbagai plugin untuk kesesuaian blog anda.


4. Adsense


Kedua-dua blogger dan Wordpress menyokong pemasangan iklan google Adsense untuk menjana pendapatan. Cuma yang membezakan hanyalah Blogger menggunakan pemasangan iklan jenis hosted manakala Wordpress mengunakan non-hosted. Jadi cara apply google adsense bagi kedua-dua platform ini adalah berbeza.


Kami berharap artikel WordPress vs Blogger ini mampu membantu anda memahami kebaikan dan keburukan setiap platform untuk mendorong anda membuat keputusan yang tepat untukwebsite anda.

No comments

Powered by Blogger.