Header Ads

Cara Cari Idea Untuk Menulis Isi Blog Maklumat


Seorang blogger pasti ingin blog miliknya sentiasa dikemaskini supaya kekal relaven dan ramai orang akan berkunjung. Semestinya akan meningkatkan trafik blog tersebut. Jika diikutkan hati seseorang blogger ingin mengemaskini blog dengan post sebanyak mungkin. Namun begitu tidak semua blogger mampu untuk mengemaskini blog atau membuat posting baru dengan kerap.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku. Salah satunya adalah kerana blogger itu tidak mempunyai idea untuk menulis blog. Idea yang berkualiti biasanya datang daripada kefahaman blogger itu sendiri. Jadi untuk mendapatkan sesuatu idea itu, blogger perlulah mempelajari dan memahami tentang banyak perkara. Blog yang berupa maklumat atau berita sudah semestinya memerlukan fakta yang tepat untuk disiarkan. Lagipun blog info maklumat mampu menarik ramai orang untuk mengunjungi blog. Blog berita ini akan mudah untuk dikemaskini pada setiap hari dan anda tidak akan pernah kehabisan idea dari artikel berita ini. Tapi anda perlukan cara yang tepat untuk menulis artikel berupa berita atau info semasa.


1. Dapatkan maklumat di Televisyen

Cara ini merupakan cara yang paling mudah untuk dipraktikan kerana anda hanya perlu menonton setiap berita atau rancangan berkaitan isu semasa untuk mendapatkan material berita anda. Terdapat banyak saluran yang menayangkan berita di kaca teevisyen. Boleh dikatakan setiap saluran mempunyai slot beritanya sendiri. Anda hanya perlu tonton dan catat segala isi penting yang sesuai dengan niche blog anda untuk tulis di blog nanti. Bagaimana jika kita tidak mencari berita yang sesuai degan niche blog kita? Jangan putus asa, anda boleh mencari disaluran televisyen lain atau anda melangkah ke cara berikutnya.


2. Mencari idea dengan menbaca blog-blog berita

Selain itu anda juga boleh explore di alam maya untuk mencari maklumat yag diperlukan untuk isi blog anda. Terdapat banyak blog dan website yang berupa berita dan info yang sama dengan niche blog anda. Anda boleh mendapatkan maklumat dari pelbagai portal dan gabungkan semua menjadi artikel yang berkualiti. Pastikan untuk tidak melakukan perbuatan copy & paste kerana itu telah melanggar etika penulisan blog. Lebih agus lagi jika anda sertakan kredit sebagai sumber maklumat. Hal ini akan menjadikan anda seorang blogger yang beretika dan akan disenangi oleh blogger lain. Setiap portal berita mempunyai gaya penyampaian yang berbeza dalam menyampaikan maklumat. Anda boleh menulis artikel menggunakan idea hasil daripada portal lain namun anda menterjemahkan penulisan dengan cara anda yang tersendiri. Ini akan mengekalkan  ketulenan artikel di blog anda.


3. Lihat isu yang trending di Media Sosial

Semua sedia maklum jika sesuatu perkara besar melanda, media sosiallah merupakan medium yang paling pantas dalam menyampaikan berita. Seterusnya barulah tiba gilirn blog atau website jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram biasanya mempunyai cara tesendiri untuk menyampaikan isu-isu hangat kepada penggunanya. Anda boleh merujuk kepada #hashtag yang trending untuk mencari maklumat tentang perkara. Topik yang trending biasanya akan dibincangkan secara meluas melalui media sosial dan ia akan berlarutan dengan berita seterusnya yang berkaitan. Anda boleh merujuk kepada orang pertama yang  menyampaikan berita tentang sesuatu perkara untuk menjadikan bahan artikel anda.


4. Menjadi wartawan segera

Jika anda mendengar perkataan wartawan anda mesti terfikirkan orang yang menyampaikan berita secara langsung di lokasi kejadian. Anda juga boleh menjadi seperti wartawan ini, namun anda tidaklah dilantik secara khusus untuk menyampaikan berita. Anda hanya boleh turun ke tempat peristiwa untuk mengumpul maklumat. Biasanya anda boleh mengambil gambar dan terus update ke blog untuk perkembangan semasa. Dengan cara ini anda akan mempunyai idea yang bernas untuk menulis artikel kerana anda telah melihat dengan sendiri depan mata tentang apa yang sedang berlaku. Anda juga akan boleh menulis artikel seterusnya jika terdapat perkembangan yang baru  dari tempat tersebut. Selain itu, anda akan mendapat bahan artikel yang asli dan boleh dipercayai kerana terdapat bukti yang jelas daripada tempat kejadian.


Kesimpulannya, seseorang blogger itu haruslah berusaha untuk mendapatkan idea bagi menerbitkan artikel di blog masing - masing. Memang terdapat banyak cara untuk menemui ilham untuk menulis, tapi setiap orang ada cara dia tersendiri. Cara yang disenaraikan di atas boleh dirujuk jika bersesuaian dengan diri anda. Apapun sebagai blogger anda perlulah bekerja keras untuk memastikan blig atau website anda sentiasa aktif dan ramai pengunjung membaca artikel anda. Selamat mencuba terima kasih kerana  membaca.

No comments

Powered by Blogger.