Header Ads

Tutorial Membuat Blog (Blogspot) Dengan Mudah


Sekarang ini semua orang sudah mempunyai kesedaran untuk memiliki blog untuk pelbagai kegunaan.  Untuk memiliki blog tidaklah begitu sukar tetapi untuk memastikan blog sentiasa aktif dan menarik orang ramai membaca blog kita adalah sedikit sukar. Bagi seseorang yang baru ingin masuk dalam bidang blogger ini perkara tersebut tidaklah penting lagi. Sebagai permulaan, seseorang itu perlulah mempunyai pengetahuan asas tentang blog atau website. Terdapat banyak platform yang menyediakan perkhidmatan website, namun bagi pemula anda digalakkan menggunakan platform Blogspot. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya memilih untuk berkongsikan cara membuat blog sendiri menggunakan blogspot. Megapaka bukan platform yang lain seperti wordpress self hosted, atau yang lain.

Secara peribadi saya sendiri mempunyai sebab tersendiri kenapa memilih platform blogspot. Terdapat banyak sebab yang kukuh kenapa blogspot sangat sesuai kepada golongan pemula. Antara sebabnya ialah blogspot merupakan platform percuma yang disediakan oleh pihak google kepada sesiapa yang ingin mempunyai blog ataupun website. Selain itu, blogspot disukai ramai kerana enjin carian terbesar di dunia adalah milik google. Jadi pastiya memberi kesan kepada pengguna blogspot. Blogger juga mudah untuk menjana pendapatan melalui iklan Google Adsense yang mana ramai orang telah berjaya melaluinya. Jangan risau, anda mampu membuat blog dengan blogspot dalam masa yang singkat hanya berdasarkan tutorial di bawah ini.


CARA BUAT BLOGSPOT SENDIRI DENGAN LENGKAP

Seperti diterangkan di atas tadi, blogger merupakan rangkaian daripada google jadi untuk membuat blogspot sendiri, anda hendaklah mempunyai akaun gmail. Sila daftar akaun gmail jika anda masih belum mempunyai akaun email di gmail. Cara pendaftarannya adalah mudah sekali dan ianya adalah percuma. Setelah berjaya mendapatkan akaun gmail, anda perlu log in dahulu ke akaun google anda dengan memasukkan email dan password email yang telah didaftarkan. 

Kemudian pergi ke website Blogger.com untuk step seterusnya. Di website utama blogger anda akan kelihatan seperti paparan berikut. Katakan saya ingin membuat Nama blog Blog Baru Aku dan urlnya blog ialah blogbaruaku1.blogspot.com.




Paparan “Create your blog now” kelihatan. Ini bermakna saya masih belum mempunyai blog di akaun blogger ini. Klik icon “New Blog”. Seterusnya anda akan nampak seperti paparan di bawah. Anda perlulah memilih nama blog yang unik kerana untuk mamastikan orang mudah mengingati nama blog anda. 



Saya memasukkan “Blog Baru Aku” sebagai nama blog(tajuk/title)dan blogbaruaku1.blogspot.com sebagai address ataupun alamat blog. Jika alamat blog itu tidak sama dengan orang lain jadi muncullah notis “this blog address is available”. Ini bermakna url tersebut masih belum digunakan oleh orang lain. Jika anda ingin meletakkan nama blog, pilihlah nama blog yang mudah diingati dan sesuaikan dengan isi kandungan yang akan anda kongsikan nanti di blogspot tersebut. Hindari daripada menggunakan special character dan juga nama yang terlalu panjang.

Langkah seterusnya ialah anda perlu memilih jenis template untuk blog. Terdapat beberapa template default yang disediakan. Saya hanya menggunakan template “simple” sebagai template blog baru ini. Klik “Create Blog”. Apabila sudah berjaya halaman blogger akan jadi seperti berikut. Cuba klik pada 'View Blog' anda akan lihat bagaimana rupa blog anda. 


Anda ingin blog anda kelihatan menarik seperti website profesional yang lain? Jangan risau anda boleh mengubah template blog anda selain daripada default template. Sebelum itu anda perlu mencari template yang anda sukai dahulu. Terdapat pelbagai jenis template boleh didapati di internet. Jika anda ingin membuat blog maklumat yang mempunyai pelbagai label anda boleh menggunakan template jenis Megazine. Anda boleh mencari dengan goole sahaja menggunakan keyword seperti ' Download Free Blogger Template'. File template yang sudah di download sepatutnya dalam format .xtml seperti gambar di bawah.


Step seterusnya adalah right klik pada file itu dan pilih 'open with'. Kemudian pilih notepad. Anda akan lihat coding atau tulisan yang pandang dalam notepad itu. Copy semua isi dalam notepad tersebut.


langkah seterusnya adalah kembali ke halama blogger dan klik drop down hinngga keluar butang template seperti gambar di atas. Klik sahaja pada 'template' tersebut. Di halaman template akan ada dua butang iaitu 'Customise' dan 'edit html'. Klik sahaja pada butang edit html dan akan pergi ke halaman seperti gambar di bawah.

Di halaman ini anda akan jumpa sekali lagi coding seperti dalam notepad tadi. Highlight dengan Klik right klik dan pilih select all pada coding tersebut. Copy coding dalam notepad tadi dan Paste ke dalam ruangan yang di highlight tadi. Kemudian tekan butang 'Save template' yang warna oren. Anda juga boleh preview template dahulu untuk memastikan jenis template yang dipasang adalah betul sebelum save template.

Lihat rupa blog anda dengan pergi ke alamat blog anda. Template tersebut hanya rupa secara keseluruhan blog anda. Anda masih boleh menubah rupa bentuk dengan menambah beberapa widget pada blog anda. 

Dah siap. Blog anda masih belum sempurna lagi kerana tidak ada sebarang posting lagi. Jadi anda perlu mula menulis dan menerbitkan artikel.

Sekian sahaja artikel paling asas cara buat website sendiri. Jadi kita tidak perlu mengupah orang lain. Sekiranya ada pertanyaan dan pandangan sila nyatakan diruangan komen di bawah. Semoga tutorial cara buat blogspot sendiri ini dapat dimanfaatkan.

No comments

Powered by Blogger.