Header Ads

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Google Adsense ?


Para blogger atau sesiapapun yang mempunyai website pasti inginkan blog mereka menjana pendapatan sampingan. Terdapat banyak cara untuk membuat duit melalui blog atau website yang mana segala tutorial mudah dicari di internet. Salah satu medium yang paling popular adalah dengan  melakukan pengiklanan di blog anda. Kebiasaannya syarikat pengiklanan yang paling popular dalam kalangan blogger adalah Google Adsense. Orang ramai memilih Adsense kerana iklan ini memberikan ganjaran dengan kadar yang sangat lumayan berbanding dengan syarikat-syarikat lain disamping ia sangat mesra blog. Iklan Adsense tidak menggangu pengunjung yang melayari sesuatu blog kerana iklannya berbentuk banner bukannya seperti iklan popup yang sangat menyusahkan pelayar.

Buat pengetahuan semua, Adsense sudah menerima blog atau website yang kandungannya mengunakan bahasa Melayu. Sebelum ini Adsense hanya menerima website atau blog yang berbahasa bahasa inggeris sahaja dan menolak permohonan blog bahasa melayu. Seperti yang kita tahu, blog di Malaysia ini kebanyakkan pengunjung terdiri daripada orang Melayu. Malah bukan semua blogger menguasai bahasa inggeris dan menyukarkan mereka untuk menulis sesuatu artikel. Peluang yang diberikan oleh pihak google ini sangat bagus untuk dicapai oleh setiap blogger. Namun begitu, untuk blog itu diterima oleh pihak Adsense tidaklah mudah seperti yang disangka. Pihak Adsense hanya menerima blog yang berkualiti sahaja dan menolak blog yang isi artikelnya hasil daripada copy and paste. Jadi blogger yang mempunyai impian untuk blognya diterima perlulah berusaha keras menulis artikel untuk menghasilkan blog berkualiti. Kebarangkalian untuk diterima adalah tinggi dan pastinya berbaloi dengan usaha anda.

Seperti yang saya katakan sebelum ini Adsense memberikan bayaran yang sangat tinggi. Jika trafik blog anda adalah rendah anda mampu juga menghasilkan wang cuma perlu tunggu masa sahaja mengumpul. Jika blog anda mempunyai trafik yang tinggi anda mampu mendapatkan bayaran yang sangat tinggi. Difahamkan blogger-blgger popular yang mempunyai trafik ribuan setiap hari mampu mendapat bayaran mencecah ribuan dolar. Memang  sangat lumayan bahkan lebih tinggi daripada gaji jika kita bekerja di luar. Bayaran dalam matawang dolar adalah sangat menguntungkan kerana gandaan USD kepada MYR atau ringgit kini telah mencecah 4.5 kali ganda. Maknanya jika website anda menghasilkan $100, apabila menerima bayaran dalam ringgit, jumlah pendapatan anda adalah RM450. Sangat tinggi nilai itu dan memang berbaloi untuk meneruskan menulis blog.


AdSense adalah program kerjasama periklanan melalui media internet yang diselenggarakan oleh Google. Melalui program periklanan AdSense, pemilik website atau blog yang berjaya mendaftar dibenarkan memasang unit iklan berbentuk banner pelbagai jenis dan saiz yang telah ditentukan oleh Google di blog mereka. Pemilik website atau blog akan mendapat bayaran daripada Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pelayar yang mengunjungi blog. Iklan Adsense menggunakan sistem pay per click (ppc) atau bayar per klik. Semakin ramai orang klik iklan yang diletakkan dalam blog anda, semakin banyaklah keuntungan yang diperolehi nanti.

Boleh dikatakan untuk menggunakan perkhidmatan google Adsense ini, setiap blogger perlu mendalami ilmu berkaitan Adsense dahulu supaya mudah untuk menguruskan iklan ini. Berikut merupakan soalan-soalan yang biasa timbul dalam kalangan blogger tentang Adsense.


Apakah program Google Adsense ini percuma? 

Ya, program Google Adsense adalah 100% percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendaftar. 


Apakah orang Malaysia boleh mengikuti program Google Adsense? 

Ya, iklan Adsense ini merupakan program pengiklanan peringkat global. Siapapun di dunia ini boleh mendaftar dengan google Adsense. Iklan ini telah diikuti ratusan ribu orang diseluruh dunia termasuk Malaysia.


Adakah perlu saya untu menguasai bahasa Inggris? 

Tidak perlu, Anda boleh memasang iklan Adsense pada blog atau website yang kandungannya dalam bahasa Melayu mahupun dalam bahasa Inggeris.


Berapa banyak wang yang mampu saya dapatkan daripada pengiklanan Google Adsense? 

Jumlah bayaran Adsense yang mampu anda perolehi bergantung kepada beberapa perkara, pertama ialah jumlah trafik blog atau bilangan orang yang mengunjungi website Anda. Semakin banyak jumlah trafik pengunjung suatu blog maka kemungkinan besar bayaran yang akan diterima adalah semakin besar.

Kedua ialah bergantung kepada isi blog. Biasanya kandungan blog maklumat tentang buat duit online, kesihatan akan  mendapat bayaran yang lebih tinggi. Seterusnya ialah kedudukan geografi pengunjung blog. Bayaran akan dikira mengikut ip adress kedudukan pengunjung. Pengunjung di eropah akan memberikan bayaran yang lebih tinggi jika mereka klik iklan berbanding negara-negara lain.


Peraturan Adsense: 

-  Jangan sekali klik iklan Adsense milik Anda sendiri

-  Jangan sekali menyuruh atau mempengaruhi orang lain untuk klik iklan Adsense pada blog Anda 

-  Jangan memasang iklan Adsense pada blog dengan kandungan yang dilarang pihak Adsense seperti kandungan dewasa (18+), blog tentang kekerasan, blog tentang hacker dan sejeninya. 

-  Jangan memasang iklan Adsense pada blog yang tidak lengkap atau kandungannya kosong.

- Jangan buat blog yang isinya hasil daripada copy and paste


Cara mencairkan penghasilan Adsense 

Caranya mudah, jika ingin meminta bayaran Adsense dalam akaun Anda perlulah mencapai $100 atau lebih. Kebiasaannya akan ada pemberitahuan bahawa jumlah hasil Anda sudah boleh dimohon (biasanya pada hujung bulan). Pembayaran komisyen Adsense boleh dimohon dalam bentuk ringgit di tempat-tempat berlogo Western Union (WU) seperti di pelbagai Bank, dan pejabat pos. 

Adsense juga sudah memudahkan pelanggannya dengan menyediakan pembayaran melalui wire money yang mana wang akan terus dimasukkan ke Akaun bank anda. Jika kita di Malaysia, transaksi wang akan dilakukan terus daripada pusat Adsense Asia di Singapura.

No comments

Powered by Blogger.