Header Ads

Cara Memasang Butang Call To Action ke Facebook Page


Zaman sekarang orang sudah beralih ke medium online untuk melaksanakan sesuatu perkara seperti berniaga, menyampaikan maklumat dan juga berhibur. Antara salah satu medium online yang paling disukai ramai adalah facebook. Boleh dikatakan hampir setiap orang wajib mempunyai akaun facebook. Namun, untuk kelihatan lebih profesional apabila menggunakan facebook adalah melalui facebook page. Kelebihan mengguna facebook page adalah dapat mempunyai pengikut dengan jumlah yang ramai berbanding facebook profile yang dihadkan jumlah pengikut seramai 5 ribu. Semakin ramai pengikut di facebook page, maka semakin berpengaruhlah page itu untuk menjalankan kegiatan hariannya.

Pihak Facebook telah memperkenalkan butang Call To Action (CTA) khas untuk pengguna facebook page. CTA ini adalah butang yang akan menghubungkan pengikut page dengan url luar (third party) berdasarkan jenis butang yang telah ditetapkan oleh admin page itu. Terdapat pelbagai jenis butang yang boleh disesuaikan mengikut ciri-ciri page tersebut. Kegunaan butang CTA ini adalah sangat mudah dan powerful. Kedudukannya adalah di sebelah butang like page.


Cara Memasang Butang Call To Action ke Facebook Page

Bagi memasang butang CTA anda perlulah mengikut langkah-langkah seperti di bawah.

1. Log masuk ke Akaun Facebook  dan kemudian lawati Page anda dan klik butang "Add a Button" (boleh lihat gambar di bawah untuk rujukan).


2. Kemudian pilih butang yang sesuai mengikut tujuan anda untuk gunakan butang itu. Jika anda ingin menggunakan butang itu untuk memudahkan pengikut menghubungi anda, pilihlah butang ' Contact Us'. 


3. Apabila sudah membuat pilihan. anda perlu menambah nama laman web atau link yang anda ingin tujukan kepada likers. Pengikut page akan beralih ke link yang disetakan apabila klik butang CTA nanti. Jika set butang CTA sebagai 'Sign Up' link yang perlu ditambah adalah halam sign up di website anda. Selepas itu anda  bolehlah klik butang biru create. selesai!


Anda sentiasa boleh mengedit atau memadam Butang CTA hanya dengan letakkan cursor mouse di atas butang CTA dan memilih "Edit Button" atau "Delete Button".

Facebook juga akan selalu memaparkan kepada anda berapa jumlah orang yang klik pada butang CTA Facebook Page anda:



Butang Call-To-Action Yang manakah Perlu Anda Gunakan?

Jawapannya bergantung kepada apa matlamat anda gunakan Butang CTA itu. Pihak facebook sudah menyediakan banyak jenis butang dan anda hanya perlu memilih satu yang paling sesuai dengan kehendak anda.

  • Shop Now - Jika page anda berkenaan sesuatu produk, Anda boleh menggunakan butang ini untuk membawa pengguna Facebook untuk melawat ke website anda untuk memudahkan mereka membeli produk secara online.
  • Book Now - Jika page anda menjual barangan ataupun menawarkan perkhidmatan yang memerlukan pengguna menempah, anda boleh menggunakan butang CTA ini untuk membawa pengguna ke halaman menempah.
  • Contact Us - Seperti yang saya katakan tadi, anda gunakan butang CTA ini untuk membawa ke halaman yang mempunyai maklumat untuk dihubungi seperti no telefon dan email.
  • Use App - Jika page anda mempunyai aplikasi yang boleh orang gunakan pada peranti mudah alih mereka, menggunakan CTA ini.
  • Play Games - Jika page anda merupakan syarikat yang membina game seperti Clash of Clan, Gameloft dan Candy Crush anda boleh gunakan butang CTA jenis ini utuk membawa pengguna ke halaman Install Game seperti Goole Play.
  • Sign Up - Gunakan CTA ini untuk membawa pengguna Facebook ke laman langganan e-mel di laman web anda.
  • Watch Video - Gunakan Butang CTA ini untuk membawa pengguna Facebook kepada video kempen. Boleh juga letakkan link Youtube anda untuk ditontom oleh pengikut page.
  • Donate - Penggunaan terbaik dalam konteks strategi pengumpulan dana pelbagai saluran. Page seperti badan kebajikan boleh gunakan butang CTA ini. Boleh juga letakkan link paypal milik anda untuk memudahkan orang menderma melalui medium itu.



No comments

Powered by Blogger.