Header Ads

Cara Mendaftarkan Sitemap Website di Google Webmaster Tools (Wordpress dan Blogger)


Hari ini saya ingin memberikan sedikit maklumat tambahan kepada blogger terutamanya kepada mereka yang baharu sahaja memiliki website samaada website dengan domain sendiri atau berdaftar dengan blogspot. Blogger pastinya mahu blog atau web baru mereka itu cepat terindex oleh mesin pencarian gergasi Google. Hal ini kerana google merupakan mesin pencari yang paling popular dan ramai orang menggunanya. Sudah pasti ramai orang akan masuk ke website kita jika website kita berada dalam muka pertama carian google. Cara yang akan diterangkan ini merupakan salah satu daripada banyak tips SEO. Melalui teknik ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan SEO (Search Engin Optimization) website anda. Cara yang dimaksudkan itu adalah mendafttarkan website atau blog ke google webmaster tool. 

Apa itu Google Webmaster Tool?

Webmaster tool ini merupakan sistem yang dicipta oleh pihakk google untuk memonitor blog milik anda. Google Webmaster dapat membantu website anda untuk memcapai tahap optimal. Melalui tool ini, setiap isi kandungan dan apa-apa yang berada dalam laman web anda akan diteliti oleh pihak google. Sekiranya web anda mempunyai masalah seperti broken link, mereka akan segera memberitahu masalah kepada pemilik web. Webmaster juga bertujuan untuk memverifikasi website anda dan digunakan semasa menghantar peta sitemap website kita nanti. Cara yang akan diajar ini sudah semestinya 100% percuma dan tidak perlu dikenakan bayaran.

Caranya tidaklah terlalu sukar hanya perlu mengikut tutorial di bawah ini. Disertakan juga gambar untuk memudahkan lagi anda mendaftar di webmaster tool. Cara mendaftar ini bergantung kepada jenis blog yang anda miliki biasanya blogspot dan wordpress. Jika anda pengguna blogspot anda boleh terus menggunakan akaun gmail yang sama dengan blog anda untuk daftar. Pengguna Wordpress yang tiada akaun gmail anda boleh baharu akaun tersebut.


CARA MENDAFTARKAN WEBSITE KE WEBMASTER TOOLS


1. Pertama sekali pergi ke alamat Google Webmaster Tools.

2. Apabila anda sudah Sign in, selanjutnya Anda akan melihat halaman seperti gambar dibawah ini dan Masukkan URL website atau blog anda dengan klik butang Add a Site.



3. Setelah itu Anda akan di bawa ke bagian verifikasi, di bahagian ini terdapat 2 cara untuk verifikasi website anda, iaitu Recommended Method dan Alternate Methods. Pengguna Wordpress boleh mengguna cara Recommended Method. Anda perlu mendownload file html di link yang disediakan, dan kemudian Anda hanya upload ke folder root website Anda melalui FTP atau Anda upload melalui file manager di cPanel hosting yang Anda gunakan. Apabila sudah selesai, kembali ke halaman webmaster dan bolehlah klik tombol Verifiy.




4. Jika Anda memilih Alternate methods akan terdapat 4 pilihan. Pilihan yang paling mudah adalah menggunakan HTML Tag. Cara ini boleh digunakan di kedua-dua Worpress dan blogger. Anda hanya perlu copy code yang disediakan dan paste di dalam website.

Bagi pengguna wordpress, anda boleh memasukkan kode tersebut ke website melalui plugin tertentu seperti Yoast SEO. Paste di ruangan webmaster  tool yang terdapat pada plugin tersebut.

Bagi pengguna Blogger, anda perlu masuk ke dashboard akaun blogger dan klik menu Template » Edit HTML dan paste code verifikasi dibawah tag <head> dan setelah itu simpan. Apabila selesai letakkan code ke dalam Wordpress atau Blogger kembali ke halaman webmaster dan klik butang verify.





5. Tugas anda belum selesai lagi, kemudian anda perlu menghantar peta sitemap ke Webmaster Tool. Caranya ialah pergi ke menu di tepi kiri dan pilih Crawl dan klik sitemaps seperti gambar di bawah. Seperti biasa cara yang digunakan berbeza bagi Wordpress dan Blogger. 

Pengguna Blogger anda perlu masukkan tambahan url Atom.xml (Atom feeds) di ruangan yang sudah disediakan.

Berikut Atom.xml yang perlu diisi mengikut kesesuaian blog anda

Untuk blog baru dengan jumlah posting dibawah 500 artikel
atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Untuk blog dengan jumlah posting 500 hingga 1000 artikel
atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=1000

Untuk blog dengan jumlah posting 1000 hingga 1500 artikel
atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=1500
Pengguna wordpress pula perlu memasukkan url xml sitemap. Tambahkan sitemap_index.xml selepas nama website anda seperti berikut.

http://www.namadomain.com/sitemap_index.xml

No comments

Powered by Blogger.