Header Ads

Cara Mengatasi Laptop Cepat Panas dan Overheat


Laptop adalah teknologi yang sangat berguna kepada manusia. Kehidupan manusia pada masa sekarang sangat bergatung kepada laptop dalam membantu meningkatkan lagi taraf hidup manusia. Oleh itu, semua orang pasti akan berusaha untuk memiliki alat teknologi ini meskipun harganya agak mahal kerana fungsinya yang sangat berguna dalam kehidupan semua orang. Disebabkan laptop adalah barang yang sangat berharga kepada manusia, mereka akan menjaga laptop dengan lebih baik supaya ia tidak rosak dan tahan lebih lama. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh selalu terjadi yang akan menyebabkan prestasi laptop berkurang atau lebih teruk merosakkan terus laptop. Antara yang paling tidak disukai oleh semua orang adalah masalah laptop menjadi cepat panas atau overheat. Perkara ini sebolehnya ingin dielak oleh semua orang kerana ia akan membawa kepada masalah kepada laptop seperti prestasi laptop akan berkurangan, laptop menjadi lembab atau selalu hang, merosakkan bahagian dalaman hardware laptop, laptop akan menjadi autorestart dan lebih teruk lagi akan merosakkan laptop secara keseluruhan sehingga tidak boleh digunakan lagi.

Kebiasaannya laptop menjadi cepat panas kerana waktu penggunaan laptop yang terlampau lama kerana sering digunakan sehingga tidak ditutup atau shut down. Setiap komponen eloktronik yang digunakan untuk membina laptop akan mengeluarkan haba jika digunakan. Oleh itu, jika laptop diakses terlalu lama, haba yang terkumpul di dalam laptop akan bileh menyebabkan overheat kepada laptop. Selain itu kipas laptop yang gagal berfungsi juga akan menyebabkan overheat terjadi. Ini adalah kerana kipas laptop berfungsi mengeluarkan haba yang terkumpul di dalam laptop yang terhasil daripada komponen elokronik laptop tersebut maka sekiranya kipas tidak berfungsi pasti mengakibatkan haba berlebihan di dalam laptop tidak dapat disingkirkan.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi madalah laptop overheat adalah dengan melakukan rutin pembersihan laptop secara berskala. Aktiviti ini perlulah dilakukan secara sekala seperti sebulan sekali. Perbuatan ini akan dapat membersihkan laptop daripada debu-debu, habuk-habuk yang ada di dalam laptop. Ini akan melancarkan proses keluar masuk udara di dalam laptop.

Selain itu, semasa menggunakan laptop perlulah mengelak daripada meletakkan laptop di atas permukaan yang lembut seperti bantal. tilam, toto. dan lain-lain kerana perbuatan ini akan menyebabkan haba panas akan terperangkap di dalam laptop kerana pergerakkan keluar masuk udara yang terganggu.

Akhir sekali, langkah yang sangat efektif untuk mengatasi masalah overheat ini adalah dengan menggunakan cooling pad. cooling pad berperanan untuk mengurangkan suhu laptop dengan cara  mengalirkan udara segar melalui bahagian bawah laptop agar kelancaran pergerakan keluar masuk udara tidak terganggu. Diharap semua tips ini akan berguna kepada pembaca untuk mengatasi masalah laptop yang cepat panas.


No comments

Powered by Blogger.