Header Ads

Cara Withdraw Paypal Ke Akaun Bank Malaysia 2016


Pada zaman yang serba moden dan pantas ini, aktiviti pembelian di atas talian adalah sangat mudah digunakan. Segala aktiviti melibatkan bank memang mudah dilakukan dalam bahasa mudah semuanya di hujung jari. Antara medium yang paling popular untuk pembelian online adalah melalui Paypal. Selain itu Paypal juga sangat digemari kerana ia adalah perkhidmatan antarabangsa dan boleh dipercayai. Banyak juga blogger-blogger yang menerima bayaran daripada aktiviti pengiklanan melalui Paypal. Namun begitu terdapat ramai yang masih tidak tahu cara withdraw duit dari akaun PayPal" ke mana-mana akaun bank tempatan di Malaysia seperti CIMB bank, Maybank, BSN dan bank lain-lain di Malaysia. Sebenarnya cara  cashout duit dari akaun PayPal adalah sangat mudah dilakukan hanya memerlukan beberapa klik sahaja. Namun perlu lakukan pendaftaran bank untuk permulaan yang memerlukan untuk mengikuti beberapa step.

Bagi memudahkan masalah ini, saya akan menerangkan dengan terperinci tentang cara melakukan pengeluaran duit dari akaun PayPal anda ke akaun bank tempatan anda di Malaysia. Saya juga memaparkan gambar bagi setiap langkah untuk memudahkan lagi untuk anda memahami. Diharapkan tutorial ini dapat membantu anda  untuk melakukan pengeluaran duit di Paypal ke akaun bank anda. Jika anda ada sebarang persoalan lain sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen di bawah.


Apa itu PAYPAL?

PayPal adalah sebuah website yang menawarkan perkhidmatan menguruskan kewangan secara online yang membantu anda membayar dan membeli menggunakan akaun internet dengan selamat. Anda hanya perlu menghubungkan akaun bank, kad kredit atau kad debit untuk menggunakan perkhidmatan Paypal yang mana setiap kali anda ingin membayar menggunakan PayPal, anda boleh boleh memilih mana-mana kad anda atau akaun-akaun yang telah didaftarkan. 

Seakan hampir sama seperti perkhidmatan online bank seperti maybank2u dan cimbclicks, namun perkhidmatan Paypal ini meliputi ke serata negara dan tidak terbatas untuk dalam Malaysia sahaja. Paypal digunakan oleh lebih 30 buah negaara di dunia ini sebagai medium pembayaran online. Selain Paypal, terdapat juga medium lain seperti Skrill, Moneybookers, Payoneer dan banyak lagi. Skrill dan Moneybookers sering digunakan bagi transaksi yang besar sehingga USD1,000.00 dan ke atas.

Selain membayar menggunakan PayPal, anda juga boleh menerima wang melalui perkhidmatan ini. Seperti sistem bank tempatan, anda boleh menggunakan duit yang diterima untuk melakukan pembelian oline. Biasanya jika anda menerima wang dari luar negara dalam USD, anda boleh menggunakan Paypal untuk menerima wang tersebut. Duit yang diterima akan ditukar terus ke matawang ringgit dan masuk ke akaun bank tempatan Malaysia. Untuk memindahkan wang atau menerima wang menggunakan akaun Paypal hanya memerlukan alamat email yang didaftarkan pada akaun anda. Dalam bahasa mudah email ini seperti no akaun bank anda.



Cara Cashout Duit dalam PAYPAL ke Bank Malaysia

Jika anda belum mempunyai akaun PayPal anda disarankan untuk mendaftar  dahulu akaun PayPal anda agar anda mudah memahami langkah berikut. Pendaftaran adalah percuma dan tidak ada sebarang caj yang dikenakan kepada anda. Untuk mendaftar akaun PayPal layari website rasmi PayPal di www.paypal.com


Langkah 1: Login ke akaun PayPal

Masukkan alamat email dan password anda untuk ke akaun Paypal anda. Jika andamasih tiada akaun PayPal klik butang "Sign Up" untuk mendaftar akaun PayPal anda.


Langkah 2: Seterusnya klik menu wallet seperti gambar di bawah


Langkah 3: Anda perlu menghubungkan akaun bank tempatan anda dengan akaun Paypal.  Klik Link a Bank Account seperti dalam tanda merah di bawah.


Langkah 4: Setelah itu Anda akan terus ke halaman berikutnya, hanya klik butang add untuk menambahkan akaun bank tempatan Malaysia Anda. 


Langkah 5: Kemuadian akan muncul form untuk mengisi semua maklumat bank tempatan Anda. Isikan dengan lengkap data akaun bank tempatan Anda. Apabila sudah selesai terus klik continue.

isi Nama penuh anda seperti di akaun bank. MEPS code boleh google contoh kalau Maybank (MBBEMYKL) dan Bank Islam (BIMBMYKL). selesai link akaun paypal.


Langkah 6: Jika Anda sudah memasukkan data mengenai bank Anda. Untuk cashout atau pindahkan wang akaun paypal ke Bank tempatan Malaysia klik menu wallet lagi. Kemudian klik link biru "Withdraw funds" seperti gambar di bawah.


Langkah 6: Setelah itu, Anda di minta untuk memasukkanjumlah wang yang ingin di transfer ke bank pilihan seperti yang sudah didaftarkan tadi. Anda masukkan jumlahnya tanpa menggunakan koma atau titik.

Jika sudah anda akan mendapatkan details transaksi yang menunjukkan Anda telah berjaya memindahkan sejumlah wang dari akun paypal  ke Bank Tempatan. Proses tersebut memakanmasa 2 - 4 hari kerja.



No comments

Powered by Blogger.