Header Ads

Khasiat Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)


Adakah anda kenal dengan Pokok Lidah Buaya? Namanya sahaja sudah pelik dan jika anda pertama kali mendengar nama tersebut pasti akan terfikirkan lidah reptilia buas si bujang senang. Lidah buaya atau dalam bahasa saintifik dipanggil Aloe vera adalah tanaman yang tumbuh di kawasan yang panas seperti Afrika, namun boleh juga tumbuh dengan baik di negara khatulistiwa seperti Malaysia. Bentuknya adalah tirus di hujung dan mempunyai duri-duri kecil di tepi. Pokok ini merupakan salah satu antara pokok paling laris di dunia. Pokok aloe vera ini sangat terkenal dalam penghasilan banyak produk kesihatan dan juga  kecantikan. Banyak produk dibuat menggunakan lidah buaya sebagai kandungan utama untuk sesuatu tujuan seperti shampu, dan pencuci muka.

Pokok ini telah banyak ditanam di kawasan di Malaysai malah ramai orang kampung memiliki tanaman ini di halaman rumah mereka. Pokok jenis ini sangat mudah dijaga malah boleh ditanam dalam pasu sahaja. Terdapat banyak khasiat yang boleh didapati daripada lidah buaya ini. Bahagian yang paling penting dalam lidah buaya adalah cecair ataupun lendir yang terdapat dalam pokok tersebut. Menurut fakta daripada golongan penyelidik, tanaman ini kaya akan kandungan zat-zat seperti enzim, asam amino, mineral, vitamin, pelbagai lagi nutrien lain yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia. 

lendir atau cecair pada daun lidah buaya


Khasiat Daun Lidah Buaya

1. Melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur

Menurut petua orang tua dan juga berdasarkan kajian sintifik lendir yang ada dalam daun lidah buaya dikatakan boleh menyuburkan rambut dan menghilangkan kelemumur. Cara yang digunakan adalah sangat mudah hanya lumurkan atau sapu lendir itu pada rambut ketika hendak tidur pada waktu malam. Lakukan perkara tersebut setiap malam atau sekerap mungkin dan lihatlah hasilnya. Biasanya dalam tempoh dua atau tiga bulan memang akan mendapat hasil yang memuaskan. 

2. Menghilangkan bintik hitam dan melicinkan kulit

Inginkan muka yang bersih dah flawless? Amalkan menyapu cecair lidah buaya pada kulit muka sebelum tidur. Lakukan seperti anda memakai krim kecantikan wajah yang pastinya cara ini adalah lebih natural. Lendir itu membantu melicinkan kulit dan mematikan pigmen hitam yang ada pada muka kita. Selain itu cara ini berkesan untuk menghilangkan kesan jerawat pada wajah anda. Penggunaan cara ini lebih adalah lebih selamat daripada menggunakan produk aloe verayang sudah dicampur dengan bahan kimia.

3. Menyembuhkan luka dan gatal kulit

Lendir lidah buaya juga dikatakan mampu merawat luka yang mana mempercepatkan proses penggantian sel, merawat kudis, gatal-gatal dan mengelakkan jangkitan.  Gatal akibat gigitan nyamuk juga boleh dikurangkan apabila disapu lendir lidah buaya ini.


No comments

Powered by Blogger.