Header Ads

Petua Hilangkan Demam Denggi



Sebelum kita mempelajari cara-cara menghilangkan demam denggi, apa kata kita mengenal dahulu apa itu penyakit demam denggi? Demam denggi adalah sejenis penyakit terjadi akibat bawaan daripada nyamuk yang dikenali sebagai vector. Penyebaran virus oleh vector nyamuk Aedes kepada manusia adalah melalui gigitannya. Demam denggi biasa tidaklah terlalu bahaya dan mudah untuk dirawati namun akan menjadi bahaya jika mencapai tahap denggi berdarah. Sudah ramai orang muda terutamanya kanak-kanak yang meninggal dunia akibat daripada demam denggi berdarah ini. 

Menurut fakta perubatan Virus Denggi ini dibawa oleh nyamuk Aedes betina dan virus denggi berdarah bepunca daripada nyamuk Aedes aegypti. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya dan kemudiannya memindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah.

Sampai sekarang tidak ada sebarang penemuan vaksin yang sesuai untuk merawat demam denggi. Buat masa kini hanya langgah pencegahan dan pengambilan ubat-ubatan biasa atas nasihat doktor sahaja dilakukan untuk meringankan tanda sehingga pesakit boleh merasa lebih selesa. Apabila dijangkiti demam denggi, doktor akan meminta anda melakukan perkara berikut untuk menghilangkan sakit tersebut:


  1. Selalu beristirehat untuk melegakan sakit badan
  2. Banyakkan minum air kosong atau air mineral untuk mencegah hidrasi
  3. Makan ubat demam seperti Paracetamol untuk kelegaan sendi badan dan mengurangkan panas
  4. Pergi berjumpa doktor untuk nasihat kesihatan jika demam tidak hilang dalam dua tiga hari


Apabila terkena demam denggi, maka platelet (keping darah) atau kadar trombosit akan merosot. Pada artikel minuman dan makanan untuk penyakit demam denggi yang telah dipublish kesempatan lalu, kami telah sedikit menerangkan apa itu platelet dan kesannya bila berjumlah sikit.

Untuk menolak kesan daripada sekurang-kurangnya jumlah trombosit, maka Anda perlu berusaha untuk meningkatkan kadar platelet. Berikut ini terkumpul petua untuk menghilangkan sakit demam denggi dengan memanfaatkan tanaman dan buah-buahan.

1. Jus daun betik



Pengambilan jus daun betik ini merupakan petua yang sudah diamalkan sejak sekian lama lagi oleh orang tua kita. Rasa jus ini adalah sangat pahit, mestilah sebab pahit itu ubat. Menurut Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari boleh menaikkan jumlah platelet. Berdasarkan ujian klinikal oleh pihaknya, minuman jus daun betik ternyata berjaya menaikkan platelet.

Cara menyediakan jus ini adalah dengan menggunakan 3 pelepah daun betik (pelepah dan daunnya) dan potong menjadi pendek-pendek lalu masukkan ke dalam periuk. Kemuadia masukkan 3 gelas air dan rebus dengan api sederhana sehingga menjadi segelas air. Biarkan hampir sejuk kemudian minum.

2. Jus jambu batu merah



Buah jambu ini kaya dengan kandungan vitamin C yang mampu meningkatkan imuniti terhadap bakteria dalam badan. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat.

3. Tembikai Merah



Demam denggi menyebabkan pesakit mengalami kepanasan badan dan kekurangan platelet dalam badan. Pengambilan buah tembikai merah boleh meningkatkan kandungan air dalam badan dan menyejukkan badan. Tembikai boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. 

4. Minuman 100 plus 


Air 100 plus merupakan sejenis cecair isotonik yang membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan air ini setiap hari, ia dapat membantu tubuh pesakit yang demam daripada kehilangan cecair. 

5. Air kelapa muda



Air kelapa muda dapat menambahkan tahap mineral yang hilang di dalam badan disebabkan demam denggi selain menyejukkan badan.

No comments

Powered by Blogger.