Header Ads

Punca dan Cara Mengatasi Smartphone Cepat Panas


Smartphone merupakan peranti yang sangat berguna kepada manusia dan paling kerap digunakan di pada bila-bila masa dan tempat. Smartphone kebiasaannya disimpan dalam beg tangan bagi wanita dan dalam poket seluar bagi lelaki. Smartphone akan membuatkan kita tidak selesa memegangnya apabila ia menjadi panas terutamanya di bahagian belakang phone itu. Apabila smartphone menjadi panas, orang akan sukar untuk menggunakan peranti itu seperti biasa. Smartphone tersebut perlu dibiarkan dahulu tanpa diusik supaya kembali ke keadaan biasa. Pastinya kita sebagai pengguna smartphone mahu mengelakkan daripada situasi ini terjadi. Tahukan anda terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan smartphone menjadi panas dan kita selalu melakukan perkara tersebut sehingga smartphone kita menjadi panas. Di bawah ini akan diterangkan mengapa smartphone anda menjadi panas dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini. 

Punca Dan Langkah Mengatasi Masalah Smartphone Panas

1. Gunakan Data Internet apabila diperlukan sahaja

Semua sedia maklum bahawa di zaman smartphone ini penggunaan internet adalah sangat penting dan smartphone yang tidak mempunyai data atau sambungan wifi akan menjadi tidak berguna. Sebagai contoh, penggunaan applikasi whatsapp memerlukan sambungan data internet untuk berfungsi. Kita menggunakan whatsapp setiap masa untuk berhubung dengan orang lain. Tindakkan kita itu membuatkan kita akan membuka data di setiap masa. Akibatnya smartphone itu akan menjadi panas terlalu aktif menggunakan internet dan applikasi. Bagi negelakkan smartphone menjadi panas, kita perlulah mengaktifkan data internet apabila perlu sahaja dan tutuplah data itu jika tidak menggunakan smartphone.  Apabila anda dalam mensyuarat atau sedang bekerja, bolehlah menutup sambungan data pada smartphone.

2. Apps Running in the Background

Bateri smartphone akan cepat menjadi panas apabila terdapat banyak proses aplikasi sedang berjalan. Walaupun kita telah kilik butang kembali atau home button untuk keluar daripada Apps tersebut, aplikasi itu sebenarnya masih lagi berjalan. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu memadam applikasi yang yang sedang berjalan di latar belakang itu. Caranya adalah dengan menekan butang home atau butang menu dengan lama sedikit sehingga keluar senarai aplikasi tersebut. Kill apps tersebut dengan menekan butang kill all. Smartphone anda juga akan menjadi lancar dan ringan apabila membuang apps tersebut.

3. Keadaan Persekitaran Anda.

Smartphone anda akan menjadi panas apabila keadaan persekitarannya turut. Sebagai contoh apabila kita membiarkan smartphone terdedah pada pancaran matahari di dalam kereta, dengan pantasnya smartphone itu akan menjadi sangat panas. Oleh itu elakkan mendedahkan smartphone anda pada tempat yang panas. Jika telefon anda menjadi panas akibat terdedah pada persekitaran yang panas, anda boleh bawa smartphone ke tempat yang sejuk seperti dalam aircond untuk mempercepatkan smartphone anda kembali sejuk. 

4. Habuk Di dalam Smartphone

Habuk yang memenuhi smartphone anda akan menyebabkan lubang untuk aliran haba panas keluar tertutup. Haba yang terhasil melalui bateri dan komponen dalaman smartphone sepatutnya mengalir keluar untuk mengembalikan suhu ke tahap normal, namun terkumpul di dalam kerana habuk menyekatnya. Secara tidak langsung suhu smartphone akan meningkat dan menjadi panas. Jadi rajinkan diri anda dengan membersihkan bahagian dalaman smartphone anda sekurang-kurangnya 5 bulan sekali bagi membuang habuk tersebut.

5. Brightness Contrast

Tahukah anda suhu smartphone anda akan menjadi semakin panas apabila anda menetepkan kecerahan skrin pada tahap maksimum. Hal ini kerana semua tenaga cahaya akan menghasilkan haba semasa proses penghasilan tenaga tersebut. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan smartphone menjadi panas adalah dengan menetapkan setting brightness and contrast menjadi automatik. Cahaya skrin smartphone akan berubah mengikut keadaaan cahaya sekeliling. Selain itu anda boleh menggunakan pelindung skrin yang mempunyai fungsi anti silau supaya anda dapat melihat skrin dengan baik.

No comments

Powered by Blogger.