Header Ads

Teknologi Terbaru dan Tercanggih Pada Komputer Zaman Kini


Komputer merupakan keperluan wajib pada masa kini terutamanya kepada golongan pelajar dan orang yang bekerja untuk melakukan sesuatu perkara. Komputer dari mula diperkenalkan telah berubah dari masa ke semasa dengan pelbagai revolusi. Komputer yang dahulunya sangat besar telah berubah menjadi pelbagai bentuk dan saiz pada hari ini. Jika dahulu komputer hanya digunakan untuk menaip dokumen atau digunakan untuk pekerjaan sederhana lain, namun pada hari ini komputer yang ada digunakan untuk semua perkara. Semua bidang pekerjaan manusia memerlukan komputer untuk memudahkan sistem pekerjaan mereka.

Jika kamu pernah lihat kecangihan komputer dalam filem luar negara, sebenarnya semua itu telah wujud di dunia yang nyata. Kewujudannya sama ada belum diumumkan kepada dunia atau kita yang belum terdedah dengan berita tersebut. Buat masa ini, terdapat beberapa jenis komputer telah dilengkapi dengan teknologi paling canggih. Jika anda ingin tahu teknologi tercanggih yang terdapat pada komputer zaman ini, berikut ini adalah maklumatnya.

Teknologi Terbaru dan Tercanggih Pada Komputer Zaman Kini


1. Komputer hologram Hololens



Teknologi yang kita biasa lihat dalam filem ini sudah dibangunkan cukup lama. Dan pada tahun 2015 lalu, Microsoft telah memperkenalkan teknologi hologram terbaru pada window 10 dengan melancarkan Hololens Microsoft. Hololens merupakan hologram untethered pertama yang tidak memerlukan sambungan kabel, hanphhone ataupun sambungan ke komputer. Komputer yang satu ini bentuknya seperti sebuah kacamata. Teknologi ini dilengkapi dengan lensa High Difinition see through hologrphic dan Effect suara yang special yang membolehkan pengguna melihat dan mendengar hologram di sekitar mereka. Berbeza dengan sistem komputer biasa, Hololens merupakan sebuah komputer holografik yang mampu menampilkan objek dalam bentuk tiga dimensi (3D).

2. Wireless Display

Wireless Display merupakan salah satu teknologi terkini yang diasaskan juga oleh syarikat Intel. Dengan menggunakan Wireless Display, maka laptop tidak perlu dihubungkan dengan sebuah wayar kabel. Teknologi ini juga boleh membuat sebuah komputer boleh berhubung dengan beberapa komputer lain. Teknologi ini sangat membantu untuk tujuan perbentangan contohnya sewaktu mesyuarat dan persembahan viva bagi pelajar. Anda tidak lagi perlu memasang kabel ke komputer dan disambungkan dengan projector LCD untuk membentangkan hasil kerja kamu. Cukup gunakan teknologi ini, maka kamu boleh mempersembahkan apa pun dengan mudah.

3. Wireless Charging

Pengguna komputer biasanya sangat pening dan serabut dengan charger komputer yang panjang dan mudah terbelit. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, syarikat gergasi elektronik Intel telah memperkenalkan teknologi wireless charging. Dengan wireless charging, tentunya lebih mudah untuk mengisi bateri komputer atau laptop tanpa perlu menggunakan charger berkabel. Teknologi ini sudah mula popular dan digunakan pada smart phone. Namun secara umumnya, teknologi wireless charger bagi laptop ini belum diumumkan scara meluas lagi buat masa kini.

4. Virtual Keyboard



Teknologi Virtual Keyboar ini dicipta oleh syarikat Dell. Prinsip kerja teknologi ini adalah dengan menggabungkan sebuah PC all in one dan juga smart desk. Penngunaan keyboard jenis ini telah mengurangkan hardware keyboard dan memudahkan pengguna. Dengan memancarkan laser berberntuk keyboard di atas permukaan yang rata anda kini boleh menaip seperti biasa. 

5. Biometric Sensor




Apa itu biometric sensor? Biometric sensor ini merupakan teknologi terkini yang boleh ditambah pada komputer. Teknologi ini hampir sama dengan teknologi Apple yang digunakan untuk mengesahkan kad kredit semasa melakukan pembayaran dengan Pay Apple. Biometric sensor membuat kamu lebih mudah untuk melakukan pembelian secara online pada pelbagai laman web. Jika biasanya kita perlu menggunakan password atau username untuk mengakses sebuah laman web, maka dengan biometric sensor kamu boleh masuk dengan lebih mudah, praktikal dan juga lebih selamat.

Sumber: Gudangilmukomputer

No comments

Powered by Blogger.