Header Ads

Tips Menjaga Kesihatan Tubuh Badan


Setiap orang perlu mempunyai kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan lancar dan sempurna. Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya kesihatan tubuh badan kepada manusia. Menjagankesihatan amat penting agar tubuh badan akan sentasa segar dan sihat di saming dapat mengelakkan daripada dijangkiti sebarang penyakit. Seseorang yang menitikkberatkan soal penjagaan kesihatan tubuh badan akan mendapat banyak manfaat kepada dirinya seperti mempunyai saiz badan yang ideal, dijauhi penyakit, badan sentiasa dalam keadaan cergas malah otak juga semakin cerdas, disukai ramai dan banyak lagi. 

Amalan penjagaan kessihatan tubuh badan ini perlu dilakukan secara berterusan kerana barulah ia akan membuahkan hasil, elakkan daripada mengamalkan secara tidak konsisten jika berputus asa kerana perbuatan tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Untuk menjaga kesihatan tubuh badan ini seseorang itu memerlukan motivasi yang tinggi supaya dapat konsisten melakukan amalan dan tidak berhenti separuh jalan dalam hal ini. Menjaga kesihatan tubuh badan ini amat berkait rapat dengan amalan gaya hidup sesseorang itu. Jika sesorang itu mempunyai gaya hidup yang sihat biasanya dia akan mempunyai kesihatan yang baik manakala seseorang yang mempunyai gaya hidup yang tidak sihat pasti akan mempunyai kesihatan yang buruk. Semua orang perlu mengelak memilih amalan gaya hidup yang tidak sihat sepaya dapat memiliki kehihatan tubuh badan yang sihat. 

Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan ialah menjaga makan kita dan pola makan kita. Kita perlu memastikkan makanan yang kita ambil setiap hari mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan seperti vitamin, karbohidrat, lemak, protein, lemak, mineral dan banyak lagi. Semua jenis zat tersebut perlu diambil mengikut keperluan tubuh badan, tidak boleh berlebihan mahupun berkurangan setiap satu zat tersebut dan setiap jenis zat terssebut mempunyai fungsi-fumgsi tertentu dalam tubuh badan manusia. Kita juga perlu makan pada waktu yang ditetapkan seperti pagi, tengah hari dan malam. Elakkan "skip" mana-mana waktu makan tersebut kerana tidak baik untuk kesiihatan tubuh badan.

Selain itu, kita perlu melakukan aktiviti sukan atau riadah di waktu petang atau pagi. ini dapat membuatkan badan kita mengeluarkan peluh yang mana penting untuk menyinkirkan toksik di dalam tubuh kita. antara contoh aktiviti sukan yang boleh dilakukan ialah berjogging, bermain bola. berbasikal, berenang dan lain-lain lagi.

Istirahat yang mencukupi juga penting untuk tubuh badan supaya badan kekal cergas. Jika seseorang tidak mendapatkan istirahat yang mencukupi setiap hari pasti wajahnya dan badanya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya di samping akan memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan. Oleh itu, setiap orang perlu waktu tidur yang mencukupi dan tidur pada waktunya dan janggan tidur pada lewat malam. setiap orang perlu tidur ssekurangnya 5 jam sehari.

Akhir sekali adalah menjaga kesihatan daripada segala aspek merupakan kunci utama amalan penjagaan kesihatan tubuh badan. Kebersihan diri, tempat tinggal , persekitaran dan lain-lain lagi perlu dijaga agar sentiasa dalam keadaan bersih. Semua ini akan mendidik kita untuk menjadi seorang yang pembersih seterusnya akan menjaga kesihatan tubuh badan kita.

No comments

Powered by Blogger.