Header Ads

Cara Semak Adakah Telah Disenarai Hitam Oleh Imigresen Dan PTPTN Untuk Ke Luar Negara Online



Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Ke Luar Negara secara Online. Sudah banyak kisah yang tersebar berkenanan tiba-tiba tidak lepas ke luar negara gara-gara tidak membayar hutang pelajaran PTPTN. Jadi, pastikan anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN sebelum ke luar negara. Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang mahu mengetahui status senarai hitam 'blacklist' Imigresen dan PTPTN secara online.

Antara punca nama disenarai hitam adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Applikasi Semakan 'blacklist' Imigresen Online

Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini:

Semakan Blacklist online

Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK



Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai "Tiada Halangan" (Tiada sekatan).



Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.


Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Untuk peminjam PTPTN, senarai hitam akan dikenakan kepada mereka yang mempunyai tunggakan. Semakan senarai hitam PTPTN boleh di buat secara online. Klik pada link di bawah:

Portal Semakan Senarai Hitam

Semakan boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat. Cara lain untuk menyemak adalah seperti beriku:

  1. Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
  2. Hadir di kaunter PTPTN / JIM

Punca Individu Disenarai Hitamkan

Berikut adalah diantara punca atau sebab seseorang individu itu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara.

  • Gagal membayar cukai pendapatan
  • Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
  • Gagal membayar levi pekerja asing
  • Terlibat dalam kes jenayah
  • Bankrap
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
Grafik sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.