Header Ads

Kereta Peronda Polis Kena 'Clamp' di Putrajaya



Minggu viral di media sosial berkenaan gambar tayar kereta peronda polis yang telah diapit (clamp). Kelihatan tiga orang anggota polis yang terkejut dengan keadaan tayar kereta mereka yang telah dikunci di bahu jalan di Jalan P2P berhampiran Menara Usahawan, Presint 3.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam satu kenyataan berkata, insiden tersebut sah di sisi undang-undang di bawah peruntukan seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan halangan lalu lintas.

"Penguatkusaan ini perlu diambil bagi memastikan tiada unsur ‘double standard' dalam melaksanakan penguatkuasaan," kata Pengarah Bahagian Penguatkuasaan PPj, Muhamad Irwan Abdullah dalam satu kenyataan.


Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku setelah penguatkuasanya mendapati kenderaan tersebut diletakkan di kawasan yang dilarang, yang mana merupakan lokasi apitan.

Penguatkuasa cuba untuk menghubungi pemandu kenderaan itu di sekitar lokasi namun usahanya gagal, sekaligus tindakan mengapit tayar dilakukan.

Gambar kejadian itu pula dipercayai telah dimuatnaik oleh seorang penunggang motosikal sekaligus menyebabkan ia tersebar secara meluas di media sosial.

No comments

Powered by Blogger.