Header Ads

;

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

;

Pendaftaran Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 Online. Hendak memohon BR1M 2018? Bilakah tarikh pendaftaran dan kemaskini BR1M 2018? Makluman kepada mereka yang layak, Borang permohonan BR1M 2018 untuk permohonan/ pendaftaran baru dan kemas kini BR1M untuk mereka yang layak dan penerima sediada akan dibuka bermula dari tarikh 27 November sehingga 31 Disember 2017.


Cara Semak BR1M 2018 Online Status Permohonan Dan Rayuan 

Apabila anda sudah membuat kemaskini atau permohonan untuk bantuan BR1M 2018, keputusan status permohonan akan mengambil sedikit masa disebabkan proses semakan dan saringan kelayakan akan melalui daripada pelbagai agensi yang terlibat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Nama Agensi




Semakan status BR1M 2018 boleh disemak menggunakan kaedah semakan seperti berikut :-

1. Semakan BR1M Online

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.
  1. Pada bahagian menu, pilih MyBR1M
  2. Isi No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
  3. Tekan butang Log Masuk
  4. Kemudian soalan Keselamatan akan keluar jika data telah wujud.
  5.  Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul, boleh menukar ke soalan lain jika tidak ingat jawapan.
  6. Soalan Keselamatan adalah berdasarkan data permohonan terkini yang diisi oleh pemohon.
  7. Anda hanya dibenarkan 3 kali untuk cuba menjawab dan jika betul akan ke laman MyBR1M.

Setelah berjaya mengkases MyBR1M

  1. Klik pada menu Semakan Status
  2. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.
  3. Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

Status Permohonan BR1M 2018 Yang Terpapar

Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-


Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari Panduan MyBR1M.

2. Semakan Melalui e-Mail

Pemohon boleh menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Kaedah Semakan Melalui Telefon

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Boleh disemak pada setiap hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

4. Applikasi Mobile Semakan BR1M

Selain itu, pemohon BR1M kini sudah boleh menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M untuk membuat semakan BR1M. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui 2 jenis platform iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-

  • Status penghantaran borang
  • Semakan status permohonan
  • Status rayuan
  • Semakan status bayaran


Cara Buat Semakan Melalui Applikasi Mobile

Pilih Play Store atau App Store dan cari “Semakan BR1M’.
  1. Kemudian muat turun applikasi tersebut
  2. Buka applikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  5. Sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon berjaya menjawab dua soalan keselamatan
  6. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.


Permohonan Rayuan BR1M

Menurut Laman Web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari tarikh (akan dikemaskini).

No comments

Powered by Blogger.