Header Ads

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018


Tahun 2017 sudah hampir ke penghujung yang mana kita akan menanti kunjungan tahun baru iaitu tahun 2018. Buat pengetahuan semua anda sudah boleh mula mengemaskini permohonan BR1M bagi tahun 2018. Berita baik kepada anda pemohon BR1M, bantuan ini akan tetap diteruskan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk membuat permohonan BR1M 2018.

Sebelum anda mengemaskini maklumat BR1M, pastikan anda melnyemak dahulu syarat kelayakan untuk mendapat bantuan BR1M. Manala tahu anda sudah tidak layak untuk membuat permohonan. Jadi jangan tergopoh-gapah dulu untuk terus kemaskini. Mari kita tengok dahulu syarat terbaru untuk membuat permohonan BR1M. 

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018. Berikut disertakan syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 – Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018. Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 adalah dari  Sumber e-BR1M

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Berikut adalah SYARAT KELAYAKAN untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018.

  1. Mestilah Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bagi Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan

Semasa proses mengemukakan dokumen, para pemohon hendaklah menyediakan salinan dokumen bersama-sama dengan borang permohonan seperti yang telah ditetapkan untuk memudahkan proses:

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Nota
  • Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Cara Menyemak Permohonan BR1M 2018

Berikut adalah Cara Menyemak Keputusan Permohonan BR1M 2018 yang akan dikeluarkan pada bulan Februari 2018 :

  • Semakan BR1M
Pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula 27 November hingga 31 Disember 2017. Klik sini untuk membuat permohonan BR1M 2018.

No comments

Powered by Blogger.